Chentaa~~

 


Sejak berkenalan dengan Islam, banyak perkara yang saya fahami semula. Pemahaman yang datangnya memang dari hati. Salah satu yang saya ingin betul-betul faham adalah konsep Cinta. Kenapa perkara ini yang saya ingin fahami? jeng..jeng..jeng.. Adela.xle gitao.. ^^

Cinta yang bertandang di lubuk hati itu adalah fitrah. Ianya suatu perasaan yang tak mungkin di bendung melainkan boleh di kawal. Namun, apabila cinta itu terlepas kawalan dan di sususli tindak tanduk yang tidak diredhai, is akan bertukar menjadi fitnah. Lalu perkahwinan itu di syariatkan untuk memelihara kesejahteraan manusia. 

Cinta Ilahi dan cinta insan itu mudah untuk dijelaskan, mudah untuk di bezakan. Tetapi sukar sekali hati untuk akur tunduk menuruti cinta Ilahi. Cinta Ilahi ini sesuatu yang tak mungkin di kecewakan, sesuatu yang sangat indah dan agung. Namun, fitrah cinta yang di hati ini lebih kuat mendorong untuk mencari cinta insan, lebih-lebih lagi di alam remaja. Peliharalah kesucian cinta mu, cintailah Allah nescaya cinta pasangan soleh turut kau miliki. 

Jika di beri peluang untuk memiliki Cinta Insan, cintaku hanya untuk suami, takkan ku kongsi. inilah tekadku, selagi belum bergelar isteri, biarlah cintaku terpelihara untuk seorang suami. Dan bukan untuk mana-mana lelaki yang lain.



Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya, 
kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.

Sekiranya,
kita cinta kepada manusia, 
kita akan cemburu kepada orang yang 
mencintai orang ynag kita cintai,

Tetapi sekiranya, 
kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Ya Allah, 
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh Mu kepadaku

Maka, 
campakkanlah ke dalam hatiku,
cinta kepadanya adalah kerana Mu,
dan campakkanlah kedalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana Mu.

Namun, 
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan oleh Mu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian,
yang Kau berikan kepadaku.

*Puisi dari Aminah Quth untuk bakal suami.




Cantik dimata siapa?







Masih terngiang-ngiang gelak ketawe adik2 di rumah. Macam baru semalam balik cuti, sedar tak sedar cuti dah habis, dan dah balik semula ke medan jihad. Lama sungguh tak update “ain alsaba” ni. Gagal mencuri masa atau salah percaturan masa? Hehehe :) sila jawab sendiri ye cik Sofiya.


Selain jadual kuliah yang makin padat semester ni, sempat juga bahagia menyelinap bila bertemu sahabat2 yang sefikrah. Alhamdulillah.. Banyak berita baik yang sampai ke telinga, ada yang baru mengikat tali pertunangan, ada yang risaukan persiapan walimah, dan ada yang menyambut kelahiran khalifah baru! Wow~!~~ :) tahniah untuk semua.


Bila masuk kuliah pula, memang sangat meriah dan ada juga yang mengejutkan. Ramai yang dah tukar fesyen, dan ada yang memang bertukar drastic. Apa dah jadi? Nak dijadikan sebab, rupanya beg yang berisi tudung terlupa nak di bawa balik kampus. Mmm.. Tegarnya memberi alasan sebegitu.


"Iman mempunyai 60 cabang. Malu adalah salah satu cabang iman."

Riwayat al-Bukhari



Malu merupakan fitrah yang dijadikan Allah swt dalam jiwa manusia seperti malu untuk membuka aurat. Ini berlaku sebelum fitrah itu terdedah kepada pencemaran. Menurut hasil usaha pula, malu itu terhasil dengan cara mempelajari berbagai adab dan akhlak yang dapat menghalang seorang muslimah daripada melakukan maksiat lantaran gerunkan Allah swt.

Menutup aurat bererti menutup bahagian tubuh yang tidak boleh diperlihat kepada orang lain. Seorang muslimah itu wajib menjaga batas diri, jangan sampai memperlihatkan auratnya kepada sesiapa pun yang tidak diizinkan syariat melihatnya, sehingga mendapatkan keredhaan Allah swt. Dan syurga itu adalah hak bagi orang-orang yang bertaqwa. Aminnn~~~

Tuntutan menutup aurat itu dianggap sesuatu yang menyusahkan. Ada juga yang menganggapnya sebagai penghalang kejayaan. Ramai orang merasakan  yang bertudung itu hanyalah sebagai aksesori dan hiasan diri untuk kelihatan lebih menarik. Macam kisah yang di atas tu, sistem tudungnya "on off".

Kadang-kadang menutup aurat itu hanya ditegaskan dengan tudung sahaja. Asalkan menutup kepala, sudah memadai. Pakaian yang dikenakan nipis, ketat. Ironinya, mereka hanya melindungi rambut dari pandangan umum, tetapi mendedahkan bahagian tubuh yang lain kepada orang ramai. boleh juga di katakan penyebab berlakunya perkara sebegini kerana terpengaruh dengan definisi "cantik moden" atau cantik dunia semasa hingga batasan syariat dilangkau.


Al Ahzab 33:59

Hai Nabi, Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak wanitamu, dan isteri isteri orang mukmin, "Hendaklah mereka melabuhkan tudungnya ke seluruh tubuh mereka," yang demikian itu supaya merekalebih mudah untuk di kenal, kerana itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah swt adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. 



Berhiaslah dengan kiblat Islam, bukan berkiblatkan Barat. Kita harus percaya bahawa penilai kecantikan itu berada di neraca Allah swt. Fashionable kah kita bila melanggar fitrah agama? Peringatan ini untuk semua dan diri sendiri. Wallahualam....










Warna Perhiasan Wanita



فِيهِنَّ خَيْرَاتٌ حِسَانٌ

فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

حُورٌ مَّقْصُورَاتٌ فِي الْخِيَامِ

فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ


Surah Ar-Rahman : 70-73
"Di dalam kedua-dua syurga itu juga terdapat bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik rupa parasnya. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan? Yang sangat jelita matanya tetap di kedudukannya. Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu hendak dustakan."


Alhamdulillah..Kertas Mandarin menjadi penamat perjuangan 3 minggu di medan peperiksaan. lalala :) Walaupun sibuk dengan peperiksaan, sempat juga melilau-lilau persekitaran bumi UMS.. Dan seorang adik menegur "Akak ni memang suke pakai pink ye?" Bila check almari, ish..memang banyak baju yang pink berbanding warna kegemaran..


Lepas beberapa hari adik yang lain pula datang menyapa " nak pegi jogging ye kak? pink nye baju..? tak kira tabarruj ke pakai warna menarik perhatian macam ni.." Alhamdullilah, sofiya masih mampu senyum lagi walaupun macam baru lepas kena smash.

Betulkah nilai ketaqwaan dan kewarakan seseorang itu dinilai dengan kesuraman warna? Kelabu, hitam, atau merah pudar misalnya..


Sahabat-sahabat yang di sayangi, Allah SWT telah menciptakan pelbagai ton warna untuk manfaat manusia. Seperti mana sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud dalam Sahih Muslim : 131

" Allah itu indah dan Allah sukakan keindahan"

Memandangkan warna-warna ini tidak digunkan oleh tumbuhan ataupun haiwan melata, semestinya kitalah yang akan menggunakannya dengan bertanggungjawab.


Warna itu diciptakan untuk kita hayati keunikannya. Untuk kita kaji keupayaannya dalam kehidupan. Untuk kita hargai dan syukuri kehadirannya di muka bumi ini. Apakah rasanya jika sejak dari zaman Nabi Adam AS hanya muncul dalam paparan warna hitam dan putih umpama sebahagian besar tayangan filem -filem Tan Sri P. Ramlee?


Seandainya kita mengenakan pakaian yang indah bukan niat menunjuk-nunjuk dan berlagak sombaong, maka ia tidak menjadi kesalahan buat si pemakai. Islam sudah cukup smepurna buat manusia. Ajaran menerusi kitab hadis dan setiap lembaran al-Quranul Karim sudah mencakupi segenap ruang lingkup hidup kita selaku khalifah. Manualnya telah diberi, kita hanya perlu ikutinya 100%. Mudah bukan?


" Kalau kamu suka dan berkenan, beli sahajalah. Pakailah warna yang kamu rasa sesuai. "


Jika kita selaku umat Islam sendiri menyempitkan ajaran Islam dan membuatnya sukar di mata orang, itu silap kita sendiri. Tak perlu dituding jari ke arah orang lain.


Sama juga halnya dengan perhiasan diri wanita seperti subang, gelang ataupun rantai leher. Sekiranya kita memakai perhiasan bukan dengan niat riak, pasti tidak salah. Namun janganlah kamu didik diri kamu dengan berhias melapaui batas. Sederhana adalah cara terbaik. Ia menurut syariat.


Fitrahnya seorang wanita memang menggemari barangan perhiasan. Namun, sofiya tetap yakin dan sedar, diri sendiri adalah perhiasan dunia. Apa perlunya dihias melampau-lampau? Apa yang ada, cuba sofiya nikmati sepenuhnya. Mengikut kadar kemampuan. Ukur baju di badan sendiri.


Marilah kita sama-sama berdoa agar kita tidak lalai dalam arus dunia. Suka mempamerkan keindahan tanpa batas, pemakaina melampau bagaikan barangan lambak yang murah lagi tidak laku, kemudian dijajakan di kebanyakan di kebanyakan tempat, dapat dilihat di merata-rata, tanpa nilai dan kehormatan nilai agama.


Bandingkanlah kedua-dua fenomena tersebut, dapatlah sofiya dan wanita muslimah-muslimah yang lain di seluruh dunia turut merasakan kitalah wanita yang paling bahagia, gembira dan terpilih.

 
wallahulam.. Sofiya hanya mencoret atas kefahaman dan pengertian peribadi.

 
Subhanallah, Maha Suci Allah.





buat sang bidadari dari timur...



ya Latiff.. ya Latiff.. ya Latiff...

Jadilah seperti pohon kurma, yang jauh dari kejelekan dan tinggi tak terjangkau oleh tangan-tangan yang jahat. Bila dilempar batu, ia menggugurkan buahnya yang sentiasa hijau, baik kala musim dingin, panas atau hujan. Banyak manfaatnya yang boleh di kongsi. Namun ia tidak mudah melatah.

Perhatikanlah wahai muslimah, bagaiamana sepohon epal yang rendang. Berbuah ranum. Kesemuanya berebut-rebut ingin cepat di petik orang. Malah banyak yang dengan sengajanya menjatuhkan diri sendiri ke tanah.

Namun epal yang terbaik dan yang paling ranum akan kekal di tangkai. Walaupun ada ketikanya ia risau tidak disunting mana-mana tangan manusia. Ia kekal di tempat yang sepatutnya ia berada. Hanya tangan yang bertuah yang akan mengambil yang terbaik.

Wahai muslimah, cubalah bertahan di landasan Islam. Jika kita yakin di landasan syariat yang betul, bertenanglah. Kita mampu tidur lena dengan iringan doa daripada semua buat kita. Malah bangun pagi kita akan disapa lantunan pujian buat kita. Itulah pentingnya memasang niat yang baik pada diri sendiri. Dan untuk orang lain.

Niat yang tulus suci untuk mendirikan masjid dan menyebarkan cinta dengan cara yang halal akan menebarkan rahmat.

Dan kudusnya cinta bukan pada rupa paras si pasangan. Murninya cinta bukan pada nilai harga mas kahwin dan hantaran. Tetapi kudusnya cinta itu tersimpan di kalbu nan murni yang pasti tidak bisa di letakkan nilainya dengan ringgit M dan rupa paras.

Cinta adalah abstrak tanpa batasan. Bagi suami, lembutnya peri laku mereka penting dengan indahnya akhlak seornag wanita. Dan wanita itu sendiri, lembut hati dan sikap ambil berat keibuan itu mampu menambahkan lagi nilai kecantikannya di mata suami, anak-anak, keluarga mertua dan jiran tetangga.

Sahabat - sahabatku.. Sabarlah dalam meniti perjalanan hidup ini, akan ada tangan yang bertuah memetik kalian. Janganlah kalian terburu2 menjatuhkan diri ke lantai bumi.

Cinta yang terbaik adalah cinta sepasang pengantin yang di redhai Tuhan dan di doakan ribuan malaikat yang menghuni langit. Sungguh tidak akan ada paduan kasih sayang yang lebih indah daripada pernikahan, demikian sabda baginda Nabi.

Ya, sesungguhnya Sofiya mempercayainya!

bila "Sofiya" menulis

Sabda Rasullah SAW...
"Para pengasih akan dikasihi oleh yang Maha Pengasih. Kasihanilah yang di bumi maka yang dilangit akan mengasihimu."

Alhamdulillah, usaha mangaktifkan blog ini semula di perkenankan yang Maha Esa. Dengan keizinanNya, blog ini akan bertema kan kisah2 pendek, pemerhatian dari pergerakan makhluk sekeliling sofiya, bertemakan konsep yang agak selambe, tanpa apa2 format dan xlupe "sentimental" bukannye "sentimentel".. :P

Hasil penulisan "sofiya" ini hanyalah di angkat semata-mata untuk di jadikan kaedah berhelah demi menyampaikan asuhan, insyaALLAH cuba seberapa yang terdaya dan jujur untuk mendidik dan memimpin. Cita-cita"sofiya" yang bermaksud untuk memupuk ketertiban adab demi menyemai nilai cinta dan budi yang kebih agung kepada Zat yang Lebih Abadi.

Mudah mudahan semua ini dapat menghidangkan kiasan, tamsil dan ibarat dalam plot dan lakaran cinta yang sejujurnya lalu memunggah hidangan lazat untuk bekalan rohani . Bekalan yang seterusnya menjadi penterjemah bagi segaris panduan lurus untuk masa depan.

" di sana sahabat, cinta ada di sana. Ia kudus kekal abadi.."

Doakanlah aku.."sofiya" agar santun memimpin dalam coretan "bila Sofiya menulis".. Biarlah ia istiqamah dengan sifat senyum mengasihi kerana ingin mengasuh resam peribadi. Bagaikan tempias hujan yang lembut, hanya hati yang hidup sajalah yang basah merasai.

Ya Latif... Ya Latif.... Ya Latif..

"literature as art of writing is something that will be read twice"