Kau Adik Tersayang
Assalamualaikum.. Bismillahirahmanerrahim.
Alhamdulillah.. Allah ta’ala beri lagi kesempatan waktu untuk aku mencoret rasa hati.
Pernikahan sulung keluarga kami, Jun 2010. Pernikahan yang meriah. Halaman luas rerumput di pasang khemah-khemah besar. Adik terlihat sangat bahagia. Kaklong masih ingat saat-saat ijab kabul, adik berbisik-bisik bersimpuh di pangkuan mak.
Adik.. kini kau juga sudah bergelar bonda. MasyaAllah, syukur Alhamdulillah. Keluarga kami bertambah, dua lelaki, seorang ipar ku, seorang lagi bayi kecil molek.
Suara mak petang tu, panik. Caesarean. “Anak awak memang degil serupa awak dik.” Kami yang jauh semua nya menggelabah. Lepas 2 jam, mak telefon lagi, langsung kami dengar suara tangis bayi. Membuat cair seluruh ketegangan.
Kaklong tumpang gembira adik. Mak pun, hantar MMS sampai penuh memori telefon. Kaklong belum pernah tengok mak sebahagia ini. Gembira menciumi wajah merah cucu tersayang, Ahmad Harrith Rayyan. Abah, dengan rambut sudah memutih. Tapi lihatlah, wajahnya seperti sepuluh tahun lebih muda. Harith Rayyan betul-betul menguasai perhatian seluruh anggota keluarga.
Ahmad Harith Rayyan, semoga kehadiranmu membuatkan rumah itu lebih ramai. Lebih hidup. Pastinya teriakannya setiap pagi (atau setiap minta susu) membuat rusuh yang lain. Berebutan menggendong.
Untuk mu Ahmad Harith Rayyan, semoga dikau tumbuh dengan beningnya mata memandang, sejuknya hati menangani dan cerdasnya kepala berfikir. Menjadi cucu kebanggaan nenek dan atok.
Untuk adikku Nur Shahida Nisa terima kasih kerana menjadi adikku. Mak selalunya betul, sepatutnya kaklong tak perlu lama menunggu untuk menikah.
Aku mencintai kanak-kanak, bukan kerana mereka kelihatan comel dan menyenangkan. Tapi kerana aku menyedari janji kehidupan yang lebih baik selalu tergenggam di tangan anak-anak.
3 Jenis Cahaya di Padang Mahsyar
Cahaya Pertama ;
- Wajah orang yang ketika mendengar azan dan terus meninggalkan segala
kerja serta urusannya lalu melangkah untuk segera menunaikan solat.
Cahaya Kedua ;
- Wajah orang yang mengambil wudhuk sebelum azan berkumandang.
Cahaya Ketiga ;
- Wajah mereka yang telah berada di masjid sebelum masuknya waktu azan.
BESARNYA makna DOA yang KITA LUPAKAN (semasa duduk di antara dua sujud)
__________________________________________________________________________________
Rabbighfirlii ~Tuhanku, ampuni aku
Warhamnii ~sayangi aku
Wajburnii ~tutuplah aib2 ku
Warfa'nii ~angkatkanlah darjatku
Warzhuqni ~berikan lah ku rezeki
Wahdinii ~berilah aku petunjuk
Wa'Afinii ~sihatkanlah aku
Wa'fuannii ~maafkan aku
_________________________________________________________________________
TAKE THIS TEST
I. Complete the lyrics:
1. Who let the dogs ______.
2. Opps I did it ______.
3. Ain’t no mountain ______.
4. I believe I can ______.
5. Under my umbrella, ella ______.
II. Complete the verses:
1. Waqala arrasoolu yarabbi inna qawmee ittakhathoo hatha alqur-ana______.
And the Messenger has said, “O my Lord, indeed my people have abandoned the Qur’an.” [25:30]
2. Wanunazzilu mina alqur-ani mahuwa shifaon warahmatun lilmu'mineena walayazeedu aththalimeena ______.
And We send down of the Qur’an that which is healing and mercy for the believers, but it does not increase the wrongdoers except in loss. [17:82]
3. Thalika alkitabu larayba feehi hudan ______.
This is the Book about which there is no doubt, a guidance for those who fears Allah. [2:2]
Inspired by the lecture of Sheikh Kamal El Mekki
Subscribe to:
Posts (Atom)