ukhwah ini..



duhai teman sejati ku...
aku ingin kita seperti Abu Bakar al-Siddiq
persahabatan di jalin kerana Khaliq
harta di korban bukan sedikit
cintakan kebenaran, sanggup bersakit 

teruja aku pada kata-kata Imam al-Ghazali yang mulia:
"Ukhwah itu bukan pada indahnya pertemuan, 
tapi ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya."

kuharapkan mekar di hati
agar persahabatan suci ini 
kan terus mantap
menjadi syafaat 
terukir indah
di pintu Jannah! 

duhai teman sejatiku..
hilangkanlah kesedihan 
pujuklah jiwamu dengan janji al-Rahman
ketinggian seseorang kerana iman:

"janganlah kamu bersikap lemah, 
dan janganlah pula kam besedih hati,
padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya,
jika kamu orang-orang yang beriman."
(surah Ali-Imran: 139) 

along the exam weeks



Bismillah.. sekarang ni mana2 IPT kat Mesia ni sedang bertempur dengan peperiksaan akhir. Sedar atau tidak, kadangkala kita alpa, mungkinkah kita akan gagal dalam ujian yang sebenar. Dalam kita mengejar untuk lulus cemerlang peperiksaan akhir semester, kita mungkin tersungkur pada "ujian dalam ujian". peperiksaan akhir semester yang memang kita boleh ulangi.. peperiksaan sebenar yang sedang di jalani. mungkinkah kita dapat ulangi. solat yang terlewat, wirid yang di pendekkan. majlis-majlis ilmu yang ditinggalkan atas alasan yang.. entahlah.. Ilmu yang kita peroleh di kelas, untuk di hayati, bukan diperalat. Di ulang-ulang untuk peperiksaan semester sahaja. Ilmu itu seharusnya di jadikan bekalan sepanjang hidup, bukan hanya sekadar berakhir di hujung semester. tanpa sedar, kita sedang memperalatkan ilmu.