Showing posts with label cerita aku. Show all posts
Showing posts with label cerita aku. Show all posts

ulangtahun ke 23..



‎4 oktober 2010.



Seorang Sofiya berusia genap 23 tahun. Aku tidak merayakan hari ini, kecuali ucapan-ucapan bahagia dari rakan taulan dan keluarga. Terima kasih atas doa dan ucapan kalian. 2 per 3 malam malamnya aku menuliskan semua waktu yang pernah aku sia-siakan. Semua hari yang sengaja atau tidak pernah aku biarkan. Pastinya, ia merupakan senarai daftar yang panjang.




Ucapan terima kasih buat yang paling dan sangat ku cintai sepanjang hidupku, tentulah bonda ku, bonda ku dan bondaku, serta abah. Dan kepada semua yang sentiasa mendoakan ku. Terima kasih yang setulus-tulusnya dan seikhlas-ikhlasnya. Disertai doa " Allahummarham huma fiddunya wal akhirah." Ya Allah, limpahkanlah rahmatMu kepada mereka di dunia dan di akhirat nanti.  Ameennn..  



Aku mahu berubah, aku ingin memikul tanggungjawab sebenar nama seorang khalifah. Aku ingin menjadi benteng cemeti malaikat, menjadi tembok api neraka buat insan-insan kesayangan ku-abah, bonda, adik-adik tercintaku. Aku menyayangi mereka kerana Allah.



Semoga akhirnya Dia berbaik hati agar memberikan ku kekuatan untuk melangkah, merangkak mahupun berlari menuju jalan redha-Nya. 


 



bukan sekadar picisan.




Alhamdulillah....

Makin sibuk, makin rajin nak luang mase kat sini. Di hujung-hujung semester, di akhir-akhir minggu kuliah, macam-macam cerita, kerenah. Cerita yang best buat gelak, cerita yang buat perut menggelodak marah, tak puas hati. Lepas bengang2, datang kawan lain, bawak cerita lagi best, lupa dah yang tadi tu. Hehe :)
 
Tapi, dalam kita gelak-gelak, memang ada la yang sebenarnya menyentuh hati. Biasanya yang menyentuh hati ni, dari orang-orang yang sekeliling kita gak. Memang betul la kata orang, kita lebih sakit, susah nak sembuh, bila hati kita tu terhiris dengan orang yang biasa dengan kita.

Kalau nak di ikutkan, nak merajuk lama-lama. Memang sengaja buat muka, biar dia tahu yang kita ni terasa hati dengan dia. Tapi, petang tu tiba-tiba tergerak hati nak selak MyLucas (my lovely mr.Diary  ^-^ ) bertarikh 14 Sept 2009, ”aku nak jadi sahabat seikhlas Abdul Kaabah!” statement tu la yang paling sentap! Sangat refleks dengan diri sendiri.

Sahabat Rasullah saw yang paling rapat, namanya juga dipilih oleh Rasullah saw, dari Abdul Kaabah, ditukar kepada Abdullah ibn Abi Qahafah dan selalu digelar dengan nama Abu Bakar As siddiq. Beliau merupakan sahabat nabi yang paling rapat, yang paling setia, yang paling memahami dan membenarkan.

Aku sedih bila mengenangkan betapa kerdilnya penyerahan jiwa ku berbanding Abu Bakar. Aku gagal memahami, memberi peluang dan ruang buat orang lain. Akulah orang yang paling malu di akhirat nanti jika aku masih gagal mengubah kedudukan hatiku.
Aku masih lagi belajar untuk melunakkan jiwa dan menjinakkan hati. Belajar untuk membiasakan diri dengan perkara yang sepatutnya. Kadang-kadang aku keliru sendiri. Tapi..aku akan tegaskan. Biarlah aku ikhlaskan semuanya, sayangkan orang-orang di sekelilingku hanya kerana Allah swt.

Still, the wound won’t stop bleeding in such a sudden. I still need time. Whoever sees me like am not like before. Giggling, greening, non-stop talking (I think dats a usual me) Am sorry. Now, am facing the biggest things in my life, ever! I still working on a big and wholey transformation. I need tyme. My own space.

..So-fi-ya..




i dont know when it started. i just realize it suddenly.. i forgot who I am.. what I like, what I want to be, what was I...

hopefully.. am still sofya. am crazy readings classics (Jane Eyre.. love dat n crazy about it!) i love beach..and the best moment is when i smell the flower before i cud see them..i like rain, when it starts just the picnic is ending. having ice cream in rains.. giggling with my girls..i love blue..anything in blue. especially baby in blue gown. lovely!

for everyone who doesnt like me. it goes mind over matter. idun mind, n YOU dun matter.



 

aku si budak bebal..



cuma satu yang dikesalkan.. dia tidak bernama. tak sempat di berikan. kalaulah..pasti aku mencari kesempatan, memberi nama atau peluang buat dia. mungkin bukan kesempatan silapnya. yang pasti kjahilan ku menutup semua jalan di kala itu. semoga akhirnya Dia berbaik hati mnyucikan aku yang kotor..

di sini aku masih lagi bernafas tanpa perasaan.. gembira tanpa menyedari kegembiraan ku terletak pada kebaikan hati Nya. bersedih tanpa sebab! menangis tanpa sebab juga!

Semoga akhirnya Dia berbaik hati membiarkan aku kembali suci.. kembali pada Pemilik ku yang memiliki ku dan seluruh kehidupan. kepada Dia yang sunggih berbaik hati atas hidupku dan seluruh kehidupanku.. Menyelimuti hati dan jiwa ku yang sentiasa menggerung dan berteriak2 meminta hala tuju.

aku ingin kembali pada pemilik Ku.. bagaimana aku harus membuang bebal ini. yang menghalangi aku melihat Nya, menggapai huluran tangan Nya. aku yang terlalu bebal untuk menilai kebaikan hati Nya.