ulangtahun ke 23..



4 oktober 2010.



Seorang Sofiya berusia genap 23 tahun. Aku tidak merayakan hari ini, kecuali ucapan-ucapan bahagia dari rakan taulan dan keluarga. Terima kasih atas doa dan ucapan kalian. 2 per 3 malam malamnya aku menuliskan semua waktu yang pernah aku sia-siakan. Semua hari yang sengaja atau tidak pernah aku biarkan. Pastinya, ia merupakan senarai daftar yang panjang.




Ucapan terima kasih buat yang paling dan sangat ku cintai sepanjang hidupku, tentulah bonda ku, bonda ku dan bondaku, serta abah. Dan kepada semua yang sentiasa mendoakan ku. Terima kasih yang setulus-tulusnya dan seikhlas-ikhlasnya. Disertai doa " Allahummarham huma fiddunya wal akhirah." Ya Allah, limpahkanlah rahmatMu kepada mereka di dunia dan di akhirat nanti.  Ameennn..  



Aku mahu berubah, aku ingin memikul tanggungjawab sebenar nama seorang khalifah. Aku ingin menjadi benteng cemeti malaikat, menjadi tembok api neraka buat insan-insan kesayangan ku-abah, bonda, adik-adik tercintaku. Aku menyayangi mereka kerana Allah.



Semoga akhirnya Dia berbaik hati agar memberikan ku kekuatan untuk melangkah, merangkak mahupun berlari menuju jalan redha-Nya.