bukan sekadar picisan.




Alhamdulillah....

Makin sibuk, makin rajin nak luang mase kat sini. Di hujung-hujung semester, di akhir-akhir minggu kuliah, macam-macam cerita, kerenah. Cerita yang best buat gelak, cerita yang buat perut menggelodak marah, tak puas hati. Lepas bengang2, datang kawan lain, bawak cerita lagi best, lupa dah yang tadi tu. Hehe :)
 
Tapi, dalam kita gelak-gelak, memang ada la yang sebenarnya menyentuh hati. Biasanya yang menyentuh hati ni, dari orang-orang yang sekeliling kita gak. Memang betul la kata orang, kita lebih sakit, susah nak sembuh, bila hati kita tu terhiris dengan orang yang biasa dengan kita.

Kalau nak di ikutkan, nak merajuk lama-lama. Memang sengaja buat muka, biar dia tahu yang kita ni terasa hati dengan dia. Tapi, petang tu tiba-tiba tergerak hati nak selak MyLucas (my lovely mr.Diary  ^-^ ) bertarikh 14 Sept 2009, ”aku nak jadi sahabat seikhlas Abdul Kaabah!” statement tu la yang paling sentap! Sangat refleks dengan diri sendiri.

Sahabat Rasullah saw yang paling rapat, namanya juga dipilih oleh Rasullah saw, dari Abdul Kaabah, ditukar kepada Abdullah ibn Abi Qahafah dan selalu digelar dengan nama Abu Bakar As siddiq. Beliau merupakan sahabat nabi yang paling rapat, yang paling setia, yang paling memahami dan membenarkan.

Aku sedih bila mengenangkan betapa kerdilnya penyerahan jiwa ku berbanding Abu Bakar. Aku gagal memahami, memberi peluang dan ruang buat orang lain. Akulah orang yang paling malu di akhirat nanti jika aku masih gagal mengubah kedudukan hatiku.
Aku masih lagi belajar untuk melunakkan jiwa dan menjinakkan hati. Belajar untuk membiasakan diri dengan perkara yang sepatutnya. Kadang-kadang aku keliru sendiri. Tapi..aku akan tegaskan. Biarlah aku ikhlaskan semuanya, sayangkan orang-orang di sekelilingku hanya kerana Allah swt.

Still, the wound won’t stop bleeding in such a sudden. I still need time. Whoever sees me like am not like before. Giggling, greening, non-stop talking (I think dats a usual me) Am sorry. Now, am facing the biggest things in my life, ever! I still working on a big and wholey transformation. I need tyme. My own space.

0 comments: